MAC 2022

Rumah Panjang Di Luar Bandar Nikmati Kemudahan Elektrik Menjelang 2025-2026


KUCHING-  Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan memastikan setiap rumah panjang di kawasan pedalaman yang luar dari talian grid elektrik menikmati kemudahan bekalan elektrik menjelang 2025-2026.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pembukaan Persidangan Wanita Dayak Kebangsaan di sini hari ini, beliau turut menambah kerajaan negeri sedia menanggung kos tinggi untuk menghasilkan tenaga solar dalam memastikan rumah panjang di luar bandar mempunyai lampu pada waktu malam.

Kerajaan Sarawak sebelum ini telah pun memperuntukkan RM 4 bilion untuk melaksanakan Projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) bagi tujuan itu.

Sumber dari : Sarawakku